Saturday, May 16, 2009

Selamat har! Guru!!!



Selamat hari guru kami ucapkan buat guru-guru MADA yang telah banyak berkorban untuk MADA.Kami harap pengorbana guru-guru yang kami sayangi ini mendapat balasan sebagai pemberta timbangan amalan diakhirat sana.Terimakasih kerana sanggup bersabar dengan pelbagai ragam karenah dari kami.Kami amat-amat berterima kasih atas ilmu dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan kepada kami.kami doakan semoga guru-uru MADA tak pernah jemu untuk menaikkan lagi mutu MADA dan pelajar itu sendiri.

Guru,
sekolah itu rumahku,
sekolah itu rumahmu,
disitu kita menyulam kasih,
disitu kita menyirat ilmu,

Guru,
tanpa kau kami tak kemana,
terkapai-kapai mencari haluan,
mencari-cari jalan kebenaran,
kerana hadirnya kamu sebagai guru,
hidup kami disinari cahaya doronganmu,

Guru,
doa daku berjaya dikau bahagia,
terima kasih,terimakasih,terimakasih guruku,

Sunday, May 10, 2009

TeRaTaK bArU..


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt..

Dengan lafaz yang mulia, dengan nama Allah.. mulai hari ini Blog kami, Teratak 3P1 MADA akan berada di tempat baru di sini. huhu macam pindah rumah lak.. tak adalah lainnya, just tukar alamat saja, rumah sama, suasana sama.. yang lebih penting kami tetap di MADA, tempat kami berjuang menuntut ilmu Allah yang maha luas..

Walau pun agak berat, kami terpaksa membuat keputusan ini bagi memastikan kesinambungan perjuangan kami untuk MADA di alam maya ini akan berterusan sampai bila-bila.. huhu meme semangat ni nak naikkan nama MADA..


Pada kesempatan ini tak lupa kami nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua kawan-kawan yang telah memberi kerjasama bagi memantapkan blog ini. Begitu juga Guru kelas kami, Ustazah Diyana yang kami kasihi atas sokongan yang diberikan (Maafkan kami Ustazah atas segala salah silap yang mengguris hati Ustazah..). Tak lupa juga pada Ustaz kami yang banyak berkongsi pengalaman hidup dan tak pernah jemu membantu kami dan banyak berkorban masa menyelesaikan masalah-masalah kami. Thanks ustaz.. segala jasa baik ustaz akan kami kenang sampai bila-bila dan hanya Allah yang mampu membalas semua jasa baik ustaz itu..



Kepada mudir yang kami sanjungi, Ustaz Nik Omar dan semua guru-guru MADA terima kasih atas curahan ilmu kalian semua.. jika ada perlakuan kami yang mengguris perasaan semua guru-guru tolonglah maafkan kami ye.. sedihlah kalau guru tak nak maafkan kami huhuhu...

Kepada kawan-kawan semua, marilah kita kukuhkan tekad untuk mengharumkan nama MADA seantero alam..

Kepada pengunjung setia blog ini, anda masih boleh menjenguk teratak lama kami di http://3p1pejuang-omari.blogspot.com untuk menatap coretan-coretan yang kami nukilkan di sana..
terima kasih semua..

OuR fAvErItE..

Bismillah. Selamat Tahun Baru 2018
7 years ago
Doa orang yang Taubat
13 years ago
This blog will be shut down by the end of this month.
13 years ago

KaTeGoRi